counter

Friday, February 20, 2015

Lagu Baru 2015 yang anda perlu dengar!

Assalamualaikum.
Post kali ni aku nak kongsikan lagu-lagu
baru untuk tahun 2015 ni.

Korang boleh dengar lagu-lagu ni kat Youtube okayh ;')

-FAITHFULMUSIC

1. Knock Knock ~Elizabeth Tan



2. Senyum ~ Aziz Harun



3. Assalamualaikum ~ Faizal Tahir



4. Rasa Sayang ~ Hanie Soraya



-RUSAMUSIC

1. Marry Me ~ Mark Adam



2. Peristiwa ~ Sofazr/Asfan/RJ



-KRUMUSIC

1. Dahsyat ~ Mojo



-SONYMUSICKARTEL

1. Baek ~ Joe Flizzow



2. Hakeleh ~ Sonaone



3. Belantara Konkrit ~ Salam/AmanRA/Altimet



Ada masa nanti aku akan sambung lagi post ni.
Bye2 :D



Monday, January 26, 2015

Apa Khabar Juara AJL29


Assalamualaikum.

Seperti yg telah aku ramalkan, lagu Apa Khabar juara pada AJL kali ni.
Selain tu ramalan aku yg lagu Di Pintu Syurga dapat tempat ketiga pun tepat.

Alhamdulillah.
Aku memang nak keputusan yg macam tu.
Tapi yg peliknya masih ada yg pertikaikan keputusan kali ni?

Seriously, kalau lagu Apa Khabar tak menang, korang nak ke lagu Shila Amzah tu menang?
Hairan. Sebelum Caliph Buskers perform, tak ramai pun yg nak lagu Romancinta tu menang. 
Kenapa lepas Caliph Buskers perform baru nak minat lagu tu?

Tahukah anda keputusan juri telah dibuat 80% sebelum AJL berlangsung dan selebihnya
20% pada malam AJL tu. 

Okay, biar aku terangkan sebab2 kenapa lagu Apa Khabar tak boleh dipertikai kehebatannya.

First, lagu lain majoriti tentang cinta. Tangkap leleh. Lentok sana sini. Bila lagu ni kisah 
tentang persahabatan, kenapa ada yg tak suka?
Adakah mereka yg tak suka lagu Apa Khabar tu tak kenal erti sahabat?
Adakah mereka asal dengar lagu balada terus boleh iktiraf lagu balada tu boleh
anugerah?

Mentaliti rakyat Malaysia.

AJL25 - juaranya Tolong Ingatkan Aku (balada)
AJL26 - juaranya Awan Nano (balada)
AJl27 - juaranya Terukir Di Bintang (alternatif)
AJL28 - juara, Bahagiamu Deritaku (alternatif)
AJL29 - _____ (balada)?

Again.. again.. again.. Balada?

Come on guys.

Change our stereotype.

Ada yg kata lagu Apa Khabar tak sedap. Menang kerana lirik je?
Seriously?
Adakah aku pekak?
Kenapa ramai yg cakap juri pekak?

Tak sedapkah muzik Apa Khabar tu?
Melodi dia tak tenangkah?

Adakah haters2 ni nak lagu melalak jugak menang tahun ni?

Tepuk dada tanya telinga.

Aku akui first time dengar lagu Apa Khabar ni pun aku tak layan.

Tapi lama kelamaan aku mula layan.

"Kau kembarku hari ini dan semalam, jadi hari esok itu sendiri boleh faham"

pernah dengar ayat ni dalam lagu lain?
Takde kan?
Tak ciplak lagu lain kan?

Adakah yg menonton AJL29 ni hanya makcik2 or pakcik2 je?

Budak sekolah pun tengok kan?

Bagi budak sekolah especially yg ada sahabat2 baik, dorang akan minat lagu ni.
Sebab lagu ni betul2 mengisahkan persahabatan.

Sahabat aku kat sekolah pun pernah nyanyikan rangkap lirik kat atas tu kat aku,
Sebab aku dah memang macam kembar dengan dia.

Lagu ni memang sangat bermakna bagi aku n kawan2 aku.




Apa2 pun. 
Aku tau yg 40% rakyat Malaysia suka lagu ni menang.

So yg selebihnya tu cuba la layan lagu Apa Khabar tu.
In shaa Allah
Hati anda akan terbuka.

Cukup sini saja aku menaip hari ni.

Bubye. Assallamualaikum ;')

Friday, January 16, 2015

Countdown Anugerah Juara Lagu 29




Assalamualaikum.
Apa khabar, sihat?

AJL29 nak dekat dah. Korang ramal siapa yg menang kali ni?
Kalau tahun lepas, Hafiz bolot anugerah. Tahun ni siapa?

Ini ramalan aku untuk AJL29 tahun ni.

Vokal Terbaik bakal dimenangi oleh Alyah dengan lagunya Sesal Separuh Nyawa.
kenapa aku rasa dia akan menang? Sebab lagu ni memang mencabar vokal.
Misal kata malam tu Alyah dapat kawal pernafasan, pitching dan tempo, konfem Alyah akan 
dapat trofi vokal terbaik tu. Tapi tak dapat dinafika yg Dayang Nurfaizah, 
Hafiz, Hazama, dan SonaOne pun ada peluang nak rangkul trofi ni.



Seterusnya, untuk persembahan terbaik. Aku ramalkan Dayang Nurfaizah dengan lagu Di Pintu Syurga
 yg memang meletop tu menang. Lagi2 kalau sistem 100% SMS untuk menentukan
 pemanang Persembahan Terbaik macam tahun2 lepas. Konfem lagu ni menang.



Yang bakal merangkul Tempat Ketiga, aku ramalkan lagu Di Pintu Syurga juga akan menang. Sebab
 apa? sebab lagu ni dah memang sdap didengar. feeling, dan mendayu2 je bile dengar. Lagi2 
dengan sambutan peminat2 kat Stadium Putra Bukit Jalil nanti. Aku tak sabar nak
 dengar vokal Dayang ni nanti.




Tempat Kedua ? Aku ramalkan lagu Romancinta akan menang nanti. Lagi2 kalau Mojo akan gabungkan Ryan (vokalis baru) dengan jemputan istimewa Aweera nanti. Memang gempak la jawabnya kalau dorang berdua perform sekali. 



JUARA LAGU ke 29 siapa? Tekaan aku...... lagu Apa Khabar by Joe Flizzow dan SonaOne. 
Sebab lagu ni ada peluang yang cerah kalau kita tengok Industri Muzik Malaysia sekarang yang 
dikuasi lagu2 bergenre R&B atau HipHop. Lagi2 lagu ni diisi dengan muzik yang setanding luar negara.
Aku harap sangat lagu ni menang AJL29 kali ni. Barulah ada suatu anjakan baru untuk industri muzik
negara kita bila lagu2 bergenre Alternatif diiktiraf. Lagipun lagu ni sarat dengan nilai persahabatan.
takde la asyik lagu cintan cintun je menang.



Itu saja coretan aku kali ni.
Harap2 la AJL29 kali ni lagi best daripada AJL28 lepas.
Aku jugak harap ramalan aku tepat. Aamiin.

Bye2. Assalamualaikum.

Sekalung penghargaan buat pemilik2 gambar di atas. 

Saturday, December 27, 2014

Kenapa korang perlu Melancong ke IPOH?



Assalamualaikum
Apa khabar? Korang semua sihat?

Kali nie aku nak kongsi dengan korang tentang kenapa korang perlu melancong ke Ipoh.
Actually, Ipoh ni sebuah bandar yg sangat menarik. Banyak tarikan dan bersejarah.
Boleh juga digelar Ipoh ni sebagai Hipster City or Nostalgic City.

Kenapa Ipoh boleh digelar macam tu?
Sebab, Ipoh ni bandar yg tenang. orangnya pun ramah2 belaka tak kira yg Melayu, Cina, India, Punjabi, dan lain2. Warga Ipoh ni sangat bersatu padu dan harmoni biar berlainan agama dan bangsa.

Ipoh pun banyak benda yg menarik seperti bangunan bersejarah, shopping complex, kafe hipster, tempat2 rekreasi, dan paling yang paling penting, makanan2 tempatan yg sangat sedap dan tak rugi korang try.

Antara bangunan dan monumen bersejarah di ipoh ialah:
1. Railway Station
2. Mahkamah Tinggi Ipoh
3. Dewan Bandaran Ipoh
4. St. Michael Institution
5. SMK Anderson
6. Anglo Chinese School
7. Birch Memorial

Kafe2 Hipster (bumiputera) yg terdapat di Ipoh:
1. Thumbs Cafe
2. Elnegra Distro
3. Chekodok Reggae House
4. Ooi n Comrades cafe
5. Mat Periuk
6. Mat Periuk Junior
7. D'SuduGarfu cafe
8. Classix 253
9. Food Project
10. Karat 135
11. H0B0/Ganleeco
12. Laypark @ Lot151
13. KondaKondiCafe (coming soon)
14. Chor's Cafe

Kafe2 Hipster selain bumiputera di Ipoh:
Di kawasan Sekeping KongHeng
1. PlanB
2. BurpsNGiggles
3. ThePatisserie
4. Roquette Cafe
5. Missing Marbles
Bukan di kawasan sekeping kongheng
6. STG cafe
7. Ben&Lynette @ Parade

Ipoh juga ada tempat2 melepak dan beriadah untuk seisi keluarga:
1. Padang Polo (taman rekreasi Sultan Abdul Aziz)
2. Taman DR (taman rekreasi D.R.Seenivasagam)
3. Taman Rekreasi Gunung Lang
4. Kinta Riverfront a.k.a I-City Ipoh
5. Taman Kanak2 (sebelah gerbang malam)
6. Dataran Ipoh
7. Railway Station a.k.a KTM

Tempat2 Menarik lain di Ipoh:
1. Aeon Kinta City a.k.a Jaya Jusco (JJ)
2. Ipoh Parade
3. Aeon Station 18
4. Mydin Meru Raya
5. De Garden
6. Gerbang Malam
7. Memory Lane a.k.a Loken (pasar karat)
8. Plaza Angsana a.k.a UO a.k.a Greentown Mall
9. Lost World Of Tambun

Makanan2 menarik di Ipoh:
1. Kacang Putih
2. Nasi Vanggey a.k.a Nasi Ganja
3. Mee Daud mat Jasak
4. Laksa Ipoh (ada di Railway Station dan Padang Polo)
banyak lagi tapi aku tak ingat.
5. Char Koay Teow Noor Iman (manjoi)
6. Mee Rebus Ramli
7. Nasi Ekonomi (stadium ipoh)

Korang boleh share apa2 lagi benda yg menarik di Ipoh ni ye.

Bye2. Assalamualaikum.







Monday, December 1, 2014

Merdeka




Asssalamualaikum.. Kome sihat.. hah.. aku sekarang dah Merdeka.. Alhamdulillah aku dapat jawap semua kertas SPM tanpa menghadapi sebarang masalah.. dan di sini, di ST.Michael Institution Ipoh, Aku tamatkan zaman persekolahan aku.. 

Sedih.. Itu je yg dapat aku gambarkan.. 
"Masa menjawab Peperiksaan Biology Kertas 3 telah Tamat.. sila letakkan pen"
Betapa sedihnya aku bila dengar je ayat tu.. walaupun dewan dah riuh dengan sorakan merdeka dan tepukan gemuruh.. Tapi dalam hati, aku hampa.. Aku taknak tinggalkan zaman sekolah.. Zaman sekolah lah zaman terbaik terbest dan terdaebak buat aku.. Haihh.. Redha je la..

Sekarang aku tengah tunggu Result aku.. Entah cemerlang entah tidak.. Pasrah je la ngan keputusan aku tu nanti.. papepun sekarang aku kena cari kerja.. haihh.. malasnye.. kalau ade transport boleh jugak aku kerja kat Parade or JJ or paling teruk pun Econsave la.. 
Tunggu bulan 1 nnti baru aku kerja kot..

Ok lah.. aku kene cau dulu.. Bubye ;')

Saturday, November 22, 2014

COMING SOON! AJL29

Assalamualaikum.. Entri hari tu aku ade share paal lagu2 yg aku rasa layak pegi Semi Final AJL29..

hari nie, aku nak share ngan korang Lagu2 yang aku rasa patut masuk AJL29

1. Di Pintu Syurga ~ Dayang Nurfaizah

2. Arjuna Beta ~ Fynn Jamal

3. Roman Cinta ~ Mojo

4. Aku Juga Manusia ~ Amir Jahari

5. Mewangi ~ Akim and the Magistrate

6. Malaikat ~ Hazama

7. Hilang ~ Najwa Latif

8. Apa Khabar ~ Joe Flizzow ft Sonaone

9. Pasti Sempurna ~ Kristal ft  Ronnie 

10. Matahari ~ Hafiz

11. Kau Pergi Jua ~ Iamneeta ft Najwa Latif

12. Masih Aku Cinta ~ Shila Amzah

 Aku harap lagu2 ni yg masuk sebab lagu2 ni memang best n layan.. lirik pun terbaik.. serius rugi kalau juri tak pilih lagu2 ni masuk Anugerah Juara Lagu 29... 

sampai sini saja aku menulis.. 

Bye2, Assalamualaikum :'D

ZAMAN HOTSTUFF

 Sambungan daripada entri aku haritu.. Hari nie aku nak share kisah aku time zaman Hotstuff tahun lepas (2013).. time tu aku baru pindah ke Ipoh.. time tu jugaklah aku tau perkataan 'hotstuff' ni.. Ala korang mesti tau kan Hotstuff tu ape.. 

Ok la aku terangkan la Hotstuff ni ape.. maksud Hotstuff ni bagi budak2 zaman aku ialah Budak yg dapat banyak Like bila dorang update Status kat FB, or Upload pic kat IG (instagram).. time ni budak yg dapat banyak Like ni kira dahsyat la dan digelar Budak Hot a.k.a Hotstuff.. tapi setiap zaman mesti ade geng kontra punya kan?  so, time zaman ni pun ade geng kontranya yg digelar Budak Anti-Hotstuff.. ada jugak geng ni yg gelar diri dorang Coolstuff.. haihh memang perli-memerli la antara budak Hotstuff and Anti-Hotstuff ni.. haha ngekek betul.. 


Haha.. nampak tak aku? ala aku tak hot pun.. acah2 je.. aku yg dok paling kiri skali tuh.. 

Time ni aku keluar Hang a.k.a Hangout ngan group yg aku join.. yg dok tengah2 n sebelah aku tu serius sempoi.. dorang tak sombong.. ala budak2 Ipoh ni mane ade yg sombong.. kalau sombong memang layak dimaki la... haha.. tapi gaya aku time ni lebih kepada K-POP.. maklumlah sebelum ni aku terjebak dengan gejala K-POP.. hahah... #TakLawakPunKan 

Ingat lagi aku time keluar hang ni.. giler ramai budak2 lepak kat JJ a.k.a Jaya Jusco a.k.a Kinta City.. Tapi budak2 Ipoh panggil tempat ni JJ.. tengok gambar atas tu.. itu la Roof Top JJ.. memang bergelimpangan la remaja tak kira lelaki or perempuan.. Best memang best.. tapi aku tengok je gelagat dorang.. paling best bila kita dapat berkenalan ngan ramai kawan dari sekolah lain kat IPOH ni.. Aku suka gak zaman ni.. Tapi kadang2 meluat gak ngan group hot2 ni.. dengar citer dorang akan bash ahli dorang yg tak dapat banyak Like kat FB.. macam2 hal kan? bash tu kiranya akan kutuk la.. Tapi bende ni tak jadi kat group yg aku join tu.. sebab group yg aku join tu bermotif perkenalan atau untuk mengeratkan hubungan silaturrahim.. bukan untuk mengejar Hot..

Apa yg penting, hot ni tak kemana pun... banyak Like je.. tengok rupa, tak semua Hensem or Cun.. kadang2 dorang Hot sebab pakai pakaian seksi a.k.a seksa or pakai barang branded.. lain la aku.. beli kat Gerbang Malam je.. haha..  #TakLawakPunKan 

Ada jugak yg Hot sebab pandai buat ayat time update Status kat FB.. contoh:


banyak kan Like dia? Hot ler tu.. #KorangJanganJeles haha..

Tapi, selari dengan peredaran zaman.. Zaman Hotstuff sudah mula merudum.. kini dah kurang aku nampak budak yg Hot.. maybe sebab dah ramai yg tak main FB.. sekarang budak2 dah layan IG, Twitter, Wechat, Whatsapp, BeeTalk.. dan macam2 lagi lah.. yg lagi ringan daripada FB bila online gune fon.. Mungkin jugak Zaman Hotstuff ni merudum bila abang kakak Batch96 or yg lahir tahun 1996 dah masuk U and dah keluar sekolah.. so, dorang malas la nak layan Hot2 ni lagi dah.. 

Tapi, Zaman Hotsuff ni dah banyak pengaruhi kehidupan masyarakat kita sekarang.. sekarang kita dah reti tangkap gambar and edit gambar.. selain tu, pemikiran masyarakat sekarang pun dah berubah.. Zaman dah berubah kan? dunia dah maju.. 

Ok lah.. aku cau dulu.. nanti ada masa aku sambung lagi kisah zaman2 ni.. maybe aku akan share Zaman2 abang aku time dulu2 pulak.. 

sebelum tu, aku nak share2 kat korang pic2 Zaman HotStuff... btw, gambar2 dalam Blog aku ni sebagai hiasan je.. dan takde kena mengena antara yg hidup dan yang mati.. haha







gambar aku ngan cousin2 kesayangan hangout kat pekan Kuale Kangsar..

bye2.. Assalamualaikum :'D