Assalamualaikum.
Seperti yg telah aku ramalkan, lagu Apa Khabar juara pada AJL kali ni.
Selain tu ramalan aku yg lagu Di Pintu Syurga dapat tempat ketiga pun tepat.
Alhamdulillah.
Aku memang nak keputusan yg macam tu.
Tapi yg peliknya masih ada yg pertikaikan keputusan kali ni?
Seriously, kalau lagu Apa Khabar tak menang, korang nak ke lagu Shila Amzah tu menang?
Hairan. Sebelum Caliph Buskers perform, tak ramai pun yg nak lagu Romancinta tu menang.
Kenapa lepas Caliph Buskers perform baru nak minat lagu tu?
Tahukah anda keputusan juri telah dibuat 80% sebelum AJL berlangsung dan selebihnya
20% pada malam AJL tu.
Okay, biar aku terangkan sebab2 kenapa lagu Apa Khabar tak boleh dipertikai kehebatannya.
First, lagu lain majoriti tentang cinta. Tangkap leleh. Lentok sana sini. Bila lagu ni kisah
tentang persahabatan, kenapa ada yg tak suka?
Adakah mereka yg tak suka lagu Apa Khabar tu tak kenal erti sahabat?
Adakah mereka asal dengar lagu balada terus boleh iktiraf lagu balada tu boleh
anugerah?
Mentaliti rakyat Malaysia.
AJL25 - juaranya Tolong Ingatkan Aku (balada)
AJL26 - juaranya Awan Nano (balada)
AJl27 - juaranya Terukir Di Bintang (alternatif)
AJL28 - juara, Bahagiamu Deritaku (alternatif)
AJL29 - _____ (balada)?
Again.. again.. again.. Balada?
Come on guys.
Change our stereotype.
Ada yg kata lagu Apa Khabar tak sedap. Menang kerana lirik je?
Seriously?
Adakah aku pekak?
Kenapa ramai yg cakap juri pekak?
Tak sedapkah muzik Apa Khabar tu?
Melodi dia tak tenangkah?
Adakah haters2 ni nak lagu melalak jugak menang tahun ni?
Tepuk dada tanya telinga.
Aku akui first time dengar lagu Apa Khabar ni pun aku tak layan.
Tapi lama kelamaan aku mula layan.
"Kau kembarku hari ini dan semalam, jadi hari esok itu sendiri boleh faham"
pernah dengar ayat ni dalam lagu lain?
Takde kan?
Tak ciplak lagu lain kan?
Adakah yg menonton AJL29 ni hanya makcik2 or pakcik2 je?
Budak sekolah pun tengok kan?
Bagi budak sekolah especially yg ada sahabat2 baik, dorang akan minat lagu ni.
Sebab lagu ni betul2 mengisahkan persahabatan.
Sahabat aku kat sekolah pun pernah nyanyikan rangkap lirik kat atas tu kat aku,
Sebab aku dah memang macam kembar dengan dia.
Lagu ni memang sangat bermakna bagi aku n kawan2 aku.
Apa2 pun.
Aku tau yg 40% rakyat Malaysia suka lagu ni menang.
So yg selebihnya tu cuba la layan lagu Apa Khabar tu.
In shaa Allah
Hati anda akan terbuka.
Cukup sini saja aku menaip hari ni.
Bubye. Assallamualaikum ;')