counter

Saturday, December 27, 2014

Kenapa korang perlu Melancong ke IPOH?



Assalamualaikum
Apa khabar? Korang semua sihat?

Kali nie aku nak kongsi dengan korang tentang kenapa korang perlu melancong ke Ipoh.
Actually, Ipoh ni sebuah bandar yg sangat menarik. Banyak tarikan dan bersejarah.
Boleh juga digelar Ipoh ni sebagai Hipster City or Nostalgic City.

Kenapa Ipoh boleh digelar macam tu?
Sebab, Ipoh ni bandar yg tenang. orangnya pun ramah2 belaka tak kira yg Melayu, Cina, India, Punjabi, dan lain2. Warga Ipoh ni sangat bersatu padu dan harmoni biar berlainan agama dan bangsa.

Ipoh pun banyak benda yg menarik seperti bangunan bersejarah, shopping complex, kafe hipster, tempat2 rekreasi, dan paling yang paling penting, makanan2 tempatan yg sangat sedap dan tak rugi korang try.

Antara bangunan dan monumen bersejarah di ipoh ialah:
1. Railway Station
2. Mahkamah Tinggi Ipoh
3. Dewan Bandaran Ipoh
4. St. Michael Institution
5. SMK Anderson
6. Anglo Chinese School
7. Birch Memorial

Kafe2 Hipster (bumiputera) yg terdapat di Ipoh:
1. Thumbs Cafe
2. Elnegra Distro
3. Chekodok Reggae House
4. Ooi n Comrades cafe
5. Mat Periuk
6. Mat Periuk Junior
7. D'SuduGarfu cafe
8. Classix 253
9. Food Project
10. Karat 135
11. H0B0/Ganleeco
12. Laypark @ Lot151
13. KondaKondiCafe (coming soon)
14. Chor's Cafe

Kafe2 Hipster selain bumiputera di Ipoh:
Di kawasan Sekeping KongHeng
1. PlanB
2. BurpsNGiggles
3. ThePatisserie
4. Roquette Cafe
5. Missing Marbles
Bukan di kawasan sekeping kongheng
6. STG cafe
7. Ben&Lynette @ Parade

Ipoh juga ada tempat2 melepak dan beriadah untuk seisi keluarga:
1. Padang Polo (taman rekreasi Sultan Abdul Aziz)
2. Taman DR (taman rekreasi D.R.Seenivasagam)
3. Taman Rekreasi Gunung Lang
4. Kinta Riverfront a.k.a I-City Ipoh
5. Taman Kanak2 (sebelah gerbang malam)
6. Dataran Ipoh
7. Railway Station a.k.a KTM

Tempat2 Menarik lain di Ipoh:
1. Aeon Kinta City a.k.a Jaya Jusco (JJ)
2. Ipoh Parade
3. Aeon Station 18
4. Mydin Meru Raya
5. De Garden
6. Gerbang Malam
7. Memory Lane a.k.a Loken (pasar karat)
8. Plaza Angsana a.k.a UO a.k.a Greentown Mall
9. Lost World Of Tambun

Makanan2 menarik di Ipoh:
1. Kacang Putih
2. Nasi Vanggey a.k.a Nasi Ganja
3. Mee Daud mat Jasak
4. Laksa Ipoh (ada di Railway Station dan Padang Polo)
banyak lagi tapi aku tak ingat.
5. Char Koay Teow Noor Iman (manjoi)
6. Mee Rebus Ramli
7. Nasi Ekonomi (stadium ipoh)

Korang boleh share apa2 lagi benda yg menarik di Ipoh ni ye.

Bye2. Assalamualaikum.







Monday, December 1, 2014

Merdeka




Asssalamualaikum.. Kome sihat.. hah.. aku sekarang dah Merdeka.. Alhamdulillah aku dapat jawap semua kertas SPM tanpa menghadapi sebarang masalah.. dan di sini, di ST.Michael Institution Ipoh, Aku tamatkan zaman persekolahan aku.. 

Sedih.. Itu je yg dapat aku gambarkan.. 
"Masa menjawab Peperiksaan Biology Kertas 3 telah Tamat.. sila letakkan pen"
Betapa sedihnya aku bila dengar je ayat tu.. walaupun dewan dah riuh dengan sorakan merdeka dan tepukan gemuruh.. Tapi dalam hati, aku hampa.. Aku taknak tinggalkan zaman sekolah.. Zaman sekolah lah zaman terbaik terbest dan terdaebak buat aku.. Haihh.. Redha je la..

Sekarang aku tengah tunggu Result aku.. Entah cemerlang entah tidak.. Pasrah je la ngan keputusan aku tu nanti.. papepun sekarang aku kena cari kerja.. haihh.. malasnye.. kalau ade transport boleh jugak aku kerja kat Parade or JJ or paling teruk pun Econsave la.. 
Tunggu bulan 1 nnti baru aku kerja kot..

Ok lah.. aku kene cau dulu.. Bubye ;')

Saturday, November 22, 2014

COMING SOON! AJL29

Assalamualaikum.. Entri hari tu aku ade share paal lagu2 yg aku rasa layak pegi Semi Final AJL29..

hari nie, aku nak share ngan korang Lagu2 yang aku rasa patut masuk AJL29

1. Di Pintu Syurga ~ Dayang Nurfaizah

2. Arjuna Beta ~ Fynn Jamal

3. Roman Cinta ~ Mojo

4. Aku Juga Manusia ~ Amir Jahari

5. Mewangi ~ Akim and the Magistrate

6. Malaikat ~ Hazama

7. Hilang ~ Najwa Latif

8. Apa Khabar ~ Joe Flizzow ft Sonaone

9. Pasti Sempurna ~ Kristal ft  Ronnie 

10. Matahari ~ Hafiz

11. Kau Pergi Jua ~ Iamneeta ft Najwa Latif

12. Masih Aku Cinta ~ Shila Amzah

 Aku harap lagu2 ni yg masuk sebab lagu2 ni memang best n layan.. lirik pun terbaik.. serius rugi kalau juri tak pilih lagu2 ni masuk Anugerah Juara Lagu 29... 

sampai sini saja aku menulis.. 

Bye2, Assalamualaikum :'D

ZAMAN HOTSTUFF

 Sambungan daripada entri aku haritu.. Hari nie aku nak share kisah aku time zaman Hotstuff tahun lepas (2013).. time tu aku baru pindah ke Ipoh.. time tu jugaklah aku tau perkataan 'hotstuff' ni.. Ala korang mesti tau kan Hotstuff tu ape.. 

Ok la aku terangkan la Hotstuff ni ape.. maksud Hotstuff ni bagi budak2 zaman aku ialah Budak yg dapat banyak Like bila dorang update Status kat FB, or Upload pic kat IG (instagram).. time ni budak yg dapat banyak Like ni kira dahsyat la dan digelar Budak Hot a.k.a Hotstuff.. tapi setiap zaman mesti ade geng kontra punya kan?  so, time zaman ni pun ade geng kontranya yg digelar Budak Anti-Hotstuff.. ada jugak geng ni yg gelar diri dorang Coolstuff.. haihh memang perli-memerli la antara budak Hotstuff and Anti-Hotstuff ni.. haha ngekek betul.. 


Haha.. nampak tak aku? ala aku tak hot pun.. acah2 je.. aku yg dok paling kiri skali tuh.. 

Time ni aku keluar Hang a.k.a Hangout ngan group yg aku join.. yg dok tengah2 n sebelah aku tu serius sempoi.. dorang tak sombong.. ala budak2 Ipoh ni mane ade yg sombong.. kalau sombong memang layak dimaki la... haha.. tapi gaya aku time ni lebih kepada K-POP.. maklumlah sebelum ni aku terjebak dengan gejala K-POP.. hahah... #TakLawakPunKan 

Ingat lagi aku time keluar hang ni.. giler ramai budak2 lepak kat JJ a.k.a Jaya Jusco a.k.a Kinta City.. Tapi budak2 Ipoh panggil tempat ni JJ.. tengok gambar atas tu.. itu la Roof Top JJ.. memang bergelimpangan la remaja tak kira lelaki or perempuan.. Best memang best.. tapi aku tengok je gelagat dorang.. paling best bila kita dapat berkenalan ngan ramai kawan dari sekolah lain kat IPOH ni.. Aku suka gak zaman ni.. Tapi kadang2 meluat gak ngan group hot2 ni.. dengar citer dorang akan bash ahli dorang yg tak dapat banyak Like kat FB.. macam2 hal kan? bash tu kiranya akan kutuk la.. Tapi bende ni tak jadi kat group yg aku join tu.. sebab group yg aku join tu bermotif perkenalan atau untuk mengeratkan hubungan silaturrahim.. bukan untuk mengejar Hot..

Apa yg penting, hot ni tak kemana pun... banyak Like je.. tengok rupa, tak semua Hensem or Cun.. kadang2 dorang Hot sebab pakai pakaian seksi a.k.a seksa or pakai barang branded.. lain la aku.. beli kat Gerbang Malam je.. haha..  #TakLawakPunKan 

Ada jugak yg Hot sebab pandai buat ayat time update Status kat FB.. contoh:


banyak kan Like dia? Hot ler tu.. #KorangJanganJeles haha..

Tapi, selari dengan peredaran zaman.. Zaman Hotstuff sudah mula merudum.. kini dah kurang aku nampak budak yg Hot.. maybe sebab dah ramai yg tak main FB.. sekarang budak2 dah layan IG, Twitter, Wechat, Whatsapp, BeeTalk.. dan macam2 lagi lah.. yg lagi ringan daripada FB bila online gune fon.. Mungkin jugak Zaman Hotstuff ni merudum bila abang kakak Batch96 or yg lahir tahun 1996 dah masuk U and dah keluar sekolah.. so, dorang malas la nak layan Hot2 ni lagi dah.. 

Tapi, Zaman Hotsuff ni dah banyak pengaruhi kehidupan masyarakat kita sekarang.. sekarang kita dah reti tangkap gambar and edit gambar.. selain tu, pemikiran masyarakat sekarang pun dah berubah.. Zaman dah berubah kan? dunia dah maju.. 

Ok lah.. aku cau dulu.. nanti ada masa aku sambung lagi kisah zaman2 ni.. maybe aku akan share Zaman2 abang aku time dulu2 pulak.. 

sebelum tu, aku nak share2 kat korang pic2 Zaman HotStuff... btw, gambar2 dalam Blog aku ni sebagai hiasan je.. dan takde kena mengena antara yg hidup dan yang mati.. haha







gambar aku ngan cousin2 kesayangan hangout kat pekan Kuale Kangsar..

bye2.. Assalamualaikum :'D







Tuesday, November 18, 2014

Zaman Zaman dan Zaman!!!

Assalamualaikum dan selamat (malam,pagi,petang) kepada semua.. Besok aku kene jawab ADD MATHS.. Haihh.. SPM ni weyh.. bukan leh main2.. Tapi takpe, aku nak relaks kan otak aku dari mengadap nombor2 je.. Kali nie aku nak share ngan korang pasal ZAMAN.. Mesti pelik kan? kenapa topik kali ni pasal zaman? Okeyh, sebelum tu. Aku harap korang tak yah la marah aku sangat kalo ade ape2 yg silap dalam entri kali nie.. Aku pun share sekadar apa yg aku tau je.. Okey lah sebelum korang bosan, better aku straught to the point..

Zaman... Aku rasa setiap korang yg pernah tempuh zaman remaja mesti pernah dipengaruhi oleh anasir2 zaman ni.. Tapi tak semua remaja akan terpengaruh dengan anasir2 zaman ni..

Okeyh, aku tau korang tak paham ngan ayat "anasir zaman" nie kan? haha.. Anasir zaman ni dalam konteks apa yg aku share ni bermaksud cara hidup remaja time zaman kita remaja a.k.a Budak Sekolah menengah.. 

Selalunye kita akan terpengaruh ngan anasir2 zaman ni time kita Form 3 to Form 4.. tapi ada certain case, ada jugak antara kita yg terpengaruh ngan anasir zaman ni pada umur yg lebih awal cam Darjah 6, Form 1, Form 2.. Tapi ikut keadaan la.. 

Ada jugak antara kita yg terpengaruh dengan 2 Zaman.. Sebagai contoh, terpengaruh ngan zaman Indie and Zaman K-Pop.. or Zaman K-Pop and Zaman Hotstuff.. atau Zaman Shuffle and Indie..

Macam aku, aku pernah jugak terpengaruh ngan anasir2 zaman ni.. 2 zaman yg paling kuat pernah pengaruh aku ialah zaman Hot Stuff n zaman K-POP.. Zaman K-POP.. 

gaya zaman budak HotStuff


zaman K-POP, super junior weyhh

Zaman K-POP ni aku pernah terjebak time aku Form 2 n Form 3.. Tak bleh blah.. tapi best gak.. yg paling aku minat Big Bang n CN BLUE.. start zaman ni la budak2 dah mula pakai seluar jeans warna-warni bagai... Actually zaman ni la pembangkit kepada zaman HotStuff.. 

#akanbersambung #Bye2 #NakTido #AdaMasaNantiAkuSambung


Wednesday, October 29, 2014

SPM!!!

  Lagi 5 hari lagi aku akan menduduki SPM.. Haihh.. Sedihh.. Setelah 11 tahun aku bersekolah, akhirnye tak smpai sebulan lagi aku akan tinggalkan zaman persekolahan.. Rasa macam baru semalam aku jejak kaki ke kelas 1 Pintar, SK St.Michael (1), Ipoh.. Time tu hingusan lagi.. masih ingat lagi aku galas beg roda punye la besar atas beg aq.. haha, kenangan... Macam mane laa nasib SPM aq nnti.. result baik or tidak? wallahualam... Harap2 sangat Peperiksaan aq berjalan lancar.. no more soalan2 bocor ;)  Good bye Zaman Persekolahan... sobs sobs :'(

sekolah2 yg banyak memberi kenangan kepada aq..

SK Putrajaya 9 (2) 


SMK Seri Sepang, Selangor

St.Michael Institution, Ipoh (SMI)

terima kasih krn sudi melawat blog aq yg x seberapa ni. Doakan aq berjaya SPM kay.. Bubye.. Assalamualaikum :'D

Saturday, October 18, 2014

Separuh Akhir Muzik Muzik 29 dah Dekat!

Korang sume pun tahu kan Muzik Muzik dah takde pencalonan baru.. itu sebab November ni dah start Separuh Akhir Muzik Muzik.. Okayh straight to the point, korang rasa lagu ape yg patut masuk AJL a.k.a Anugerah Juara Lagu 29?

Bagi aku lagu2 taun ni pun banyak yg best2.. jadi, aku nak share ngan korang lagu2 yg aku rasa wajib ade dalam AJL29..

1. Hafiz ~ Matahari

2. Akim and the Magistrate ~ Mewangi

3. Fynn Jamal ~ Arjuna Beta

4. Mojo ~ Roman Cinta

5. Dayang Nurfaizah ~ Di Pintu Syurga

6. Hazama ~ Malaikat

7. Bunkface ft Amy Search ~ Rentak Laguku

8. Joe Flizzow ft SonaOne ~ Apa Khabar

9. Najwa Latif ~ Hilang

10. Hanie Soraya ~ Hujung Dunia

11. Kristal ft Ronnie Hyper Act ~ Pasti Sempurna

12. Amir Jahari ~ Aku Juga Manusia

13. Asfan ~ Alasan Untuk Bahagia

14. Azhael ~ Hujung Waktu


15. Iamneeta ~ Jatuh Cinta

Lagu2 ni aku pilih base on rating, penerimaan masyarakat, lirik, vokal, n paling penting kesedapan lagu bila masuk ke telinga pendengar. Hope korang pun setuju n jangan lupe mengundi lagu2 kesukaan korang kat website Muzik Muzik ye ;D

Btw, thanks for menjenguk blog aku. Tata. Assalamualaikum ;)